Monday, December 27, 2010
zaman kegemilanagan kita bermula kembali
Hari ini,(28/12/2010) memaparkan topik yang amatlah menarik untuk dibincangkan. Media Minda Ke Minda juga merasakan isu kali ini menjadi bualan setiap lapisan masyarakat negara umumnya kaki bola. kecermelangan pasukan kebanggsaan yang dibarisi pemain-pemain muda begitu menampakkan kejayaan dan kembalinya era kegemilangan bola sepak tanah air. skuad Harimau Malaya begitu ghairah untuk membuktikan bahawa merekalah yang bakal menaikkan kembali maruah bola sepak tanah air. penantian yang begitu panjang oleh para peminat bola sepak tanah air yang inginkan kejayaan pasukan kebangsaan merangkul gelaran di peringkat antarabangsa dan mahukan pasukan bola sepak tanah air antara pasukan yang digeruni di Asia. selepas kejayaan memenangi pingat emas pada temasya sukan sea tahun lepas bagaikan menjadi perangsang untuk menempa kejayaan yang bermakna untuk negara. Piala AFF Suzuki(dahulu dikenali sebagai Piala Tiger) yang menjadi rebutan setiap pasukan dari Asia Tenggara. Selepas melalui liku yang menyukarkan di peringkat kumpulan dengan kekalahan pada perlawanan pertama menentang Indonesia iaitu 5-1,anak didik K.Rajagopal tetap optimis untuk mencipta kejutan pada temasya kali ini. ternyata skuad bimbingan K.Rajagopal yang diketuai oleh Shafiq Rahim melangkah ke peringkat separuh akhir setelah seri dengan Thailand(1-1) dan membelasah Laos dengan keputusan 5-1. kejayaan pasukan melangkah ke peringkat separuh akhir dibantu dengan keputusan Juara Kumpulan A, Indonesia mengalahkan Thailand dengan 2-1. Dengan kejayaan 2-0 dengan pasukan Vietnam di peringkat separuh akhir pusingan pertama dan seri 0-0 di pusingan kedua di Hanoi sudah cukup membawa pasukan Kebangsaan ke perlawanan akhir untuk kali kedua. untuk rekod, pasukan Malaysia pernah melangkah ke perlawanan akhir pada edisi pertama kejohanan namun tewas kepada Thailand dengan keputusan 1-0. pada pelawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26/12/2010, pasukan kebangsaan berjaya menembus kekalahan kepada Indonesia dengan 3-0. namun, perlawanan ini sedikit terganggu oleh sikap penonton yang adir yang dikatakan menghalakan pancaran laser ke arah penjaga gol Indonesia, Marcus. pihak pengurusan AFF tidak dapat memastikan dari arah mana pancaran laser tersebut sama ada penonton Malaysia ataupun Indonesia. Bekalan yang selesa untuk di bawa oleh pasukan negara apabila bertemu dengan pasukan Indonesia untuk pusingan kedua perlawanan akhir di Jakarta nanti. Apa yang diharapkan ialah kecermelangan pasukan kita diteruskan walaupun bertandang di tempat lawan. setiap pemain tidak seharusnya leka dengan keputusan yang dibawa dari Kuala Lumpur. Pasukan Indonesia pastinya akan bermain bermatian-matian untuk menghancurkan impian pasukan kebangsaan yang mahu mendakap Piala AFF suzuki itu nanti. seluruh peminat bola sepak tanah air sudah lama menantikan saat ini dan mahu melihat pasukan Kebangsaan mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah kita cipta dahulu. sokongan yang berterusan amatlah diperlukan oleh pasukan Kebangsaan untuk menaikkan kembali maruah bola sepak negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment