Thursday, December 30, 2010

kita harus bangga.............




                              Juara edisi 2010 Piala AFF Suzuki.........................MALAYSIA









MILIK KITA....!!!!!!!!
Sejarah bola sepak tanah air terlakar di Jakarta semalam. Kemenangan secara agregat sudah cukup membawa Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur untuk dihadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan pencapaian terbaik negara setelah mengalami pasang surut di peringkat antarabangsa. K.Rajagopal telah melahirkan bintang bola sepak yang amat berkualiti dan berjaya mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah kita cipta dahulu. Berbekalkan kemenangan pertama 3-0 di perlawanan akhir di Kuala Lumpur sudah membuat anak buah K.Rajagopal menang secara agregat 4-2 walaupun tewas kepada Indonesia 2-1. Stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi kejayaan yang dilakarkan oleh pasukan kebangsaan. Berhadapan dengan 95,000 penyokong tuan rumah tidak melangsung mengugat prestasi cemerlang Malaysia dengan jaringan pembukaan oleh penyerang Selangor, Safee Sali pada minit ke-54. Jaringan tersebut telah menyebabkan puluhan ribu penyokong Indonesia tergamam. Namun, sebelum itu benteng Malaysia sering kali diasak oleh bahagian serangan Indonesia namun ketangkasan anak kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi berjaya menafikan setiap percubaan yang dilakukan oleh Indonesia. Indonesia berjaya mencari gol penyaman pada minit-73 menerusi jaringan Nasuha akibat kelekaan bahagian pertahanan Malaysia. Indonesia terus mengancam Malaysia dan akhirnya pada mnit ke-87, mereka berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan Ridwan. Kemenangan itu tidak berjaya menyekat kejayaan pasukan negara untuk menjuarai Piala AFF Suzuki untuk kali pertama dengan keputusan secara agregat 4-2. Malaysia juga berbangga kerana penyerang, Mohd Safee Sali berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol menewaskan pencabar terdekat, Gonzales. Pasukan kita juga mendapat pujian daripada pertahanan United, Rio Ferdinand di laman Twitter beliau. Hal ini membuktikan pemain kita adalah pemain yang berkelas dunia dan mampu pergi lebih jauh. Pujian harus diberikan kepada skuad ini kerana berjaya meletakkan kembali pasukan kebanggsaan ke peringkat yang membanggakan. Apa yang diharapkan, skuad ini dapat dikekalkan dan didedahkan dengan banyak perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa agar pemain-pemain kita dapat meningkatkan lagi mutu permaianan. K. Rajagopal perlu diberi penghargaan di atas usahanya dalam membentuk skuad yang mantap di kejohanan ini. Rakyat Malaysia seharusnya terus memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan agar mereka mendapat semangat baru untuk terus maju dalam bola sepak. Pastinya selepas ini setiap pemain akan diberikan imbuhan yang lumayan atas kejayaan yang membanggakan negara ini. Diharapakan dengan pemberian imbuhan ini tidak melunturkan semangat pemain-pemain kita dan pemain-pemain harus menganggapnya sebagai motivasi dalam memajukan mutu permainan pada perlawanan akan datang. 
                                                                      Penjaga Gol Terbaik 
                                                                            Khairul Fahmi


                                    Pemenang Kasut Emas AFF Suzuki Cup 2010 Mohd Safee Sali

No comments:

Post a Comment