Monday, October 10, 2011
al-Fatihah buat penghibur lagenda....
Penyanyi Lagenda Malaya Dato’ Ahmad Jais Meninggal Dunia. Al-Fatihah
Ini merupakan berita terkini yang kami baca melalui mereka yang berada di Twitter.
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim melalui Twitter beliau mengucapkan takziah ke’atas pemergian lagenda nyanyian Malaysia ini sebentar tadi.
Sekitar hujung September yang lalu, Dato’ Ahmad Jais ada di’laporkan masuk ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas.
Menurut ahli keluarga, Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September yang lalu.
Kami belum mendapat maklumat rasmi tentang punca sebenar pemergian Dato’ Ahmad Jais dan kami akan bawakan kepada anda jika kami terima apa-apa yang berkaitan.
Sementara itu, marilah kita sama sama sedekahkan al-Fatihah buat insan seni yang sudah banyak menghiburkan hati rakyat Malaysia ini sejak sekian lama. Al-fatihah.
Saturday, July 16, 2011
terbaik dari Harimau Malaya
Menghiburkan!!!!!!
Itulah yang dapat digambarkan mengenai perlawanan persahabatan semalam antara pasukan kebangsaan dengan gergasi eropah, Liverpool. Meskipun tewas 3-6, pasukan Malaysia memberi tekanan hebat kepada anak didik Kenny Daglish. Walaupun Malaysia bermain di tempat "lawan" kerana puluhan ribu rakyat Malaysia memakai jersi The Reds, semangat melawan yang tinggi menyebabkan pasukan Liverpool terpaksa berhempas-pulas mencari gol. Malaysia dapat mengawal rentak permainan Liverpool dan menahan segala asakan barisan serangan yang diketuai oleh Andy Carroll sehinggalah pada minit 27, Liverpool berjaya mendahului 0-1 melalui sepakan penalti kontravesi selepas Andy Carroll dijatuhkan dalam kotak penalti. Ketika perlawanan separuh masa pertama ditamatkan, Kapten pasukan, Syafiq Rahim berjaya mendiamkan penyokong Liverpool melalui sepakan lencong yang cantik melalui sepakan percuma setelah bola terkena tangan pemain Liverpool, Cahrlie Adam. Babak pertama berkesudahan Malaysia 1 Liverpool 1.
Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan dengan gerakan menarik namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Liverpool. Namun, pada minit ke 68, David N'Gog berjaya menjaringkan gol untul liverpool kembali mendahului 1-2. Kelekaan dan kesilapan bahagian pertahanan pasukan negara sekali lagi dihukum oleh N'Gog pada minit ke 70 menjadikan kedudukan 1-3. Rodriguez sekali lagi menghukum pasukan Malaysia dengan gol keempat Liverpool menjadikan kedudukan 1-4. Kemasukan Safee Sali yang dikatakan jelmaan Allahyarham Mokhtar Dahari berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 79 melalui bola muntah setelah gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Gulacsi. Penyerang Pelita Jaya terus menunjukkan taringnya dengan menjaringkan gol kedua untuk pasukan Malaysia untuk kedudukan 3-4. Liverpool berjaya menjarakkan lagi kedudukan masa tambahan dengan dua gol jaringan Rodriguez dan Kuyt pada minit ke 91 dan 94.
Walaupun tewas, Minda Ke Minda berbangga dengan persembahan bertaraf dunia yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya. Pastinya rakyat Malaysia mengharapkan persembhan ini diteruskan ketika bertemu jiran tetangga, Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia nanti. Barisan pertahanan harus diperbaiki lagi dan moral para pemain hendaklah ditingkatkan agar pasukan kita tidak hilang tumpuan apabila berhadapan dengan Singapura nanti. Ayuh!!!!! bangkitlah sang harimau....kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda....
Gambar- gambar ketika perlawanan antara Malaysia dan Liverpool......
Tuesday, April 26, 2011
United bersaing untuk mendapatkan pemain Blackpool - Charlie Adam
Manchester United bersedia untuk pengambilan musim panas buat perancang pemainan Balckpool-Charlie Adam bagi mengantikan pemain veteran United, Paul Scholes. Menurut Goal.com, United telah membuat permohonan untuk pemain tersebut dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sudah bersedia untuk menyaingi Liverpool dan Spurs untuk mendapatkan tandatangannya.
Dengan timbulnya keraguan samaada Scholes akan menandatangani kontrak baru yang ditawarkan oleh kelab ini - pemanjangan kepada perjanjiannya sekarang telah tersedia sejak awal tahun ini - Sir Alex Ferguson telah membuat pertimbangan untuk memindahkan Adam. Pemain dari Scotland ini telah kerap diperhatikan oleh United musim ini dan pemain ini begitu menepati kehendak apabila dia menjadi watak penting dalam jaringan gol untuk pasukan Blackpool.
Ferguson berkata; " sepakan sudut Adam bernilai 10 juta euro " selepas dia mencipta kedua-dua gol Blackpool ketika menentang United di mana United menang dengan keputusan 3-2 di gelanggang lawan. Pemain ini menjadi nadi kepada kebangkitan Blackpool dan pengerak utama pasukan ini ke Liga Perdana musim lalu. Dia telah menjaringkan 10 gol untuk musim ini untuk Blackpool.
Semasa pasaran perpindahan lalu, Blackpool telah menolak bidaan oleh pasukan Daghlis sebanyak 10 juta euro untuk mendapatkan khidmatnya dan Spurs pula telah kesuntukan masa untuk membuat bidaan. Pastinya pada musim panas ini, Liverpool dan Spurs akan meningkatkan lagi minatnya terhadap bintang yang berusia 25 tahun di mana kontraknya bersama Blackpool hanya tinggal 12 bulan.
Blackpool telah menilai Adam dengan harga sebanyak 14 juta euro walaupun mereka hanya mendaptkan bintang ini hanya dengan 500,000 euro dari Rangers pada tahun 2009. Apa yang pastinya, samaada Blackpool kekal atau tersingkir dari saingan Liga Perdana musim hadapan, pengurus Blackpool- Ian Holloway terpaksa akur dengan pemergiannya ke kelab lain.
GLORY!!!!GLORY!!!!
Wednesday, February 2, 2011
Pembelian Suarez dan Caroll berjaya....? Torres ke Chelsea....bagaimana reaksi peminat Liverpool....?
Penghujung tirai perpindahan kelab-kelab Eropah menyaksikan kejutan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Liverpool dan Chelsea telah membuat tirai perpindahan yang bakal diperkatakan oleh jutaan peminat bola sepak dunia. Mereka telah membuat penghujung tirai perpindahan EPL dengan kejutan yang bakal menghangatkan lagi persaingan dalam Liga paling popular di dunia. Pastinya, paling mengejutkan apabila Penyerang antarabangsa Sepanyol yang bermain dengan kelab yang semakin merudum, Fernando Torres telah berpindah ke Stamford Bridge dengan yuran perpindahan termahal di Britian sebanyak $79.69 million. Di samping itu, Chelsea juga berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Benfica, David Luiz dengan yuran perpindahan yang didedahkan.Ini pastinya akan memburukkan lagi hubungan antara Chelsea dan Liverpool terutamanya bagi penyokong kedua-kedua kelab. Hal ini terbukti apabila ada di kalangan peminat Liverpool telah membakar jersi Liverpool yang tertera nama Torres. Bagi Minda Ke Minda, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana peminat Liverpool memang terkenal dengan sikap merusuh dan biadap. Mereka sentiasa memaki-hamun dan mengejek mana-mana pemain lawan yang sebelum ini pernah bermain dengan Liverpool. Hal ini pernah terjadi kepada pemain United, Micheal Owen apabila dia dimasukkan untuk mengantikan Rooney di Anfield, para penyokong tuan rumah mengejeknya dan mem'boo Owen sebagai tindakan Owen yang berpindah ke pasukan lawan yang paling dibenci. Mereka tidak sedar, Owen merupakan pemain yang banyak berjasa dan menyumbang kepada kejayaan Liverpool dalam saingan EPL. Micheal Owen juga merupakan salah satu penjaring gol terbanyak untuk kelab sejak penubuhannya iaitu sebanyak 158 gol dari tahun 1996 hingga 2004.
Walaupun telah kehilangan Torres, mereka berjaya mendapatkan penyerang Ajax, Luis Suarez dengan kontrak 5 tahun dengan yuran perpindahan 26.5 million euros. mereka juga mendapat khidmat bintang baru Newcastle dengan yuran perpindan 35 million euros. Pastinya pengurus mereka, Kenny Daglish mahukan sesuatu yang baru dalam skuad "the reds". Hal ini terbukti apabila dalam perlawanan sebentar tadi, pasukan Liverpool berjaya menewaskan Stoke City 2-0 hasil jaringan Raul Meireles dan peyerang baru mereka, Luis Suarez. Persoalannya, mampukah kemenangan skuad Daglish ini mampu mengembalikan nama Liverpool sebagai pasukan kelab Eropah yang pernah digeruni 2-3 tahun lepas...? adakah pembelian Suarez dan Caroll berjaya...? adakah Daglish patut disalahkan kerana melepaskan Torres yang menyebabkan prestasi Liverpool semakin merundum....?
waktu di Liverpool......kecewa....?
nampaknya Torres gembira di Stamford Bridge
Bintang baru Liverpool, Luis Suarez
mampukah dia mengubah masa depan Liverpool......?????????
Suarez menjaringkan gol kemenangan ke atas Stoke pagi tadi.
Namun, ini lah sikap penyokong Liverpool.....manusia tak KENANG BUDI......HAHAHHAHAHHAHA
SALAM MINDA KE MINDA....
Friday, January 7, 2011
Edlin Szeko ke Manchester City....!!!!
Tirai perpindahan pemain dikejutkan dengan perpindahan terbesar yang dilakukan oleh kelab berbelanja besar, Manchester City apabila mereka menandatangi kontrak penyerang Wolfsburg, Edin Dzeko dengan kontrak perpindahan sebanyak £27 juta selama 4 tahun setengah. Menurut agensi berita FA Sport, Edin Dzeko berkata bahawa dia sudah lama dikaitkan dengan perpindahannya ke kelab-kelab Liga Perdana Inggeris. Sebelum ini, Dzeko dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Chelsea. Dzeko yang telah bermain dengan kelab Jerman, Wolfsburg telah menjaringkan 10 gol di dalam 17 penampilan pada musim ini. Sudah pasti, kelab di bawah bimbingan Roberto Machini akan memberi saingan sengit kepada kelab-kelab lain pada kali ini. Buktinya, The Eastlands ini berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris di belakang Manchester United. Namun begitu, Roberto Manchini tidak akan menurunkan Edin Dzeko pada perlawanan Piala FA ahad ini.
Sumber :
http://uk.eurosport.yahoo.com/08012011/58/premier-league-city-sign-dzeko-27m-deal.html
Sumber :
http://uk.eurosport.yahoo.com/08012011/58/premier-league-city-sign-dzeko-27m-deal.html
Friday, December 31, 2010
selamat tinggal 2010.........selamat datang 2011
duummmmmm...!!!!!! dduuuummmmmmm....!!!!! dentupan di langit telah menandakan kita telah melangkah ke destinasi baru. stelah setahun kita menghadapi segala laluan dan mengecapi setiap kenikmatan. Kini semuanya akan dijadikan sebagai sbuah kenangan dan pengalaman. Tahun 2010 banyak meninggalkan kesan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia. Pelbagai peristiwa berlaku dan ada di antaranya di luar dugaan kita. Namun, semuanya sudah terlambat. Apa yang penting, kita perlu juga meneruskan kehidupan dengan harapan ianya akan lebih bermakna. Apa yang berlalu, jadikan ia pengalaman. Berbalik kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2010, paling menarik perhatian sidang Minda Ke Minda ialah kes pembuangan bayi yang amat mengejut semua pihak. Masyarakat kita disajikan dengan kes-kes pembuangan bayi setiap hari dalam dada-dada akhbar tempatan. Marah, meluat, malu, jijik dan keji melihat kes-kes ini bagai tiada kesudahannya. Seperti yang sedia maklum, tahun baru dirai setiap tahun bagi meraikan kedatangannya. Pelbagai acara diatur bagi meraikan kedatngan tahun baru setiap tahun. Golongan remaja umumnya merupakan golongan sasaran bagi menjayakannya. Mereka adalah golongan yang berdarah muda yang sentiasa inginkan keserenokan dan mencuba sesuatu yang baru. Dadah dan arak menjadi hidangan utama parti liar yang diraikan. Bukan setakat parti liar, mereka juga tidak segan silu meneguk arak di khalayak ramai pada sambutan tahun baru yag dianjurkan oleh kerajaan. bagi pasangan yang hangat bercinta, masa inilah yang sesuai bagi mereka untuk melepaskan rindu yang terpendam. Ibu bapa mereka hanya mengatahui anak-anak mereka pergi meraikan sambutan tahun baru bersama rakan-rakan. Namun, sambutan mereka matlah berbeza. Bukan tempat sambutan yang dituju tetapi hotel-hotel murah yang menjadi pilhan mereka bagi meraikan kedatangan tahun baru. Mereka akan membuktikan "CINTA AGUNG" mereka dengan hubungan seks tanpa ada ikatan. Kasih sayang sesama mereka akan terbukti pada malam tersebut. Amat menyedihkan bagi kita apabila majoririnya adalah berBANGSA MELAYU dan berAGAMA ISLAM. Mereka seakan-akan lupa akan agama dan tidak langsung mengendahkan larangan Allah supaya menjauhi zina. Balasan Allah pasti tiba. Apabila tiba masanya, si PEREMPUAN tidak lagi datang haidnya. GELISAH, TAKUT dan MALU andai perut tersebut mempunyai isi di dalamnya. Lalu si LELAKI yang dipuja dicari, namun hilang entah kemana. Akibat takut kandungan tersebut diketahui keluarga, jalan pintas diambil. MEMBUNUH DIRI. aduhhhhhh....!!!!!! sungguh singkat. Si LELAKI yang dipuja gembira dan tidak berasa serba salah sedikit pun. INIKAH LELAKI........?????? bukankan Allah telah menciptakan kamu untuk menjadi pemimpin kepada WANITA......?????? Mengapa kamu lupa akan tanggungjawab yang kamu pikul.....????? Tugasmu adalah MELINDUNGI, MENJAGA, dan MENDIDIK WANITA menjadi WANITA SOLEHAH.....????? terlintas di fikiran, Mengapa mudah kehormatan diri dan maruah diri tergadai begitu sahaja......?????? akibat JANJI MANIS insan bernama LELAKI.....?????? Alasan itu tidak sama sekali boleh diterima. Kalau si LELAKI berjanji untuk hidup bersamamu, membahagiakanmu, menjagamu, menyayangimu dan menjaga mu. Buktikan dengan ikatan perkahwinan. Lebih buruk lagi, apabila ANAK yang dikandung selama 9 bulan itu dilempar bagai sampah, dilayan umpama binatang, dan dibuang seperti barang tidak berharga. Ada juga yang hidup, ada juga yang mati. INGAT.......!!!!!!! ANAK itu akan tuntut KASIH SAYANG ANDA SEBAGAI IBU BAPA DI AKHIRAT KELAK......!!!!!!!!! MINDA KE MINDA mengharapkan semua masyarakat dapat mengambil ikhtibar dan menjadikan semua ini sebagai satu pengajaran. Tidak salah meraikannya, namun ada juga caranya. Pihak penganjur umumnya kerajaan harusnya peka dan memandang serius perkara ini. Bukan untuk mengecam tindakan anda dan memprotes acara yang pihak kerajaan anjurkan. Konsep 1Malaysia seharusnya ada nilai-nilai moral agar generasi muda dapat menerapkan dalam jiwa masing-masing. Janganlah terlalu memikrkan kemeriahan sambutan tahun baru tetapi alpa dengan masalah yang sering berlaku pada ambang tahun baru. Sebolehnya sambutan tersebut janganlah terlalu bebas. Asingkan golongan lelaki,wanita dan keluarga. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI....!!!!!!!!
Sekian........
Thursday, December 30, 2010
kita harus bangga.............
Juara edisi 2010 Piala AFF Suzuki.........................MALAYSIA
MILIK KITA....!!!!!!!!
Sejarah bola sepak tanah air terlakar di Jakarta semalam. Kemenangan secara agregat sudah cukup membawa Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur untuk dihadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan pencapaian terbaik negara setelah mengalami pasang surut di peringkat antarabangsa. K.Rajagopal telah melahirkan bintang bola sepak yang amat berkualiti dan berjaya mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah kita cipta dahulu. Berbekalkan kemenangan pertama 3-0 di perlawanan akhir di Kuala Lumpur sudah membuat anak buah K.Rajagopal menang secara agregat 4-2 walaupun tewas kepada Indonesia 2-1. Stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi kejayaan yang dilakarkan oleh pasukan kebangsaan. Berhadapan dengan 95,000 penyokong tuan rumah tidak melangsung mengugat prestasi cemerlang Malaysia dengan jaringan pembukaan oleh penyerang Selangor, Safee Sali pada minit ke-54. Jaringan tersebut telah menyebabkan puluhan ribu penyokong Indonesia tergamam. Namun, sebelum itu benteng Malaysia sering kali diasak oleh bahagian serangan Indonesia namun ketangkasan anak kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi berjaya menafikan setiap percubaan yang dilakukan oleh Indonesia. Indonesia berjaya mencari gol penyaman pada minit-73 menerusi jaringan Nasuha akibat kelekaan bahagian pertahanan Malaysia. Indonesia terus mengancam Malaysia dan akhirnya pada mnit ke-87, mereka berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan Ridwan. Kemenangan itu tidak berjaya menyekat kejayaan pasukan negara untuk menjuarai Piala AFF Suzuki untuk kali pertama dengan keputusan secara agregat 4-2. Malaysia juga berbangga kerana penyerang, Mohd Safee Sali berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol menewaskan pencabar terdekat, Gonzales. Pasukan kita juga mendapat pujian daripada pertahanan United, Rio Ferdinand di laman Twitter beliau. Hal ini membuktikan pemain kita adalah pemain yang berkelas dunia dan mampu pergi lebih jauh. Pujian harus diberikan kepada skuad ini kerana berjaya meletakkan kembali pasukan kebanggsaan ke peringkat yang membanggakan. Apa yang diharapkan, skuad ini dapat dikekalkan dan didedahkan dengan banyak perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa agar pemain-pemain kita dapat meningkatkan lagi mutu permaianan. K. Rajagopal perlu diberi penghargaan di atas usahanya dalam membentuk skuad yang mantap di kejohanan ini. Rakyat Malaysia seharusnya terus memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan agar mereka mendapat semangat baru untuk terus maju dalam bola sepak. Pastinya selepas ini setiap pemain akan diberikan imbuhan yang lumayan atas kejayaan yang membanggakan negara ini. Diharapakan dengan pemberian imbuhan ini tidak melunturkan semangat pemain-pemain kita dan pemain-pemain harus menganggapnya sebagai motivasi dalam memajukan mutu permainan pada perlawanan akan datang.
Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi
Pemenang Kasut Emas AFF Suzuki Cup 2010 Mohd Safee Sali
Subscribe to:
Comments (Atom)
















































