Saturday, July 16, 2011
terbaik dari Harimau Malaya
Menghiburkan!!!!!!
Itulah yang dapat digambarkan mengenai perlawanan persahabatan semalam antara pasukan kebangsaan dengan gergasi eropah, Liverpool. Meskipun tewas 3-6, pasukan Malaysia memberi tekanan hebat kepada anak didik Kenny Daglish. Walaupun Malaysia bermain di tempat "lawan" kerana puluhan ribu rakyat Malaysia memakai jersi The Reds, semangat melawan yang tinggi menyebabkan pasukan Liverpool terpaksa berhempas-pulas mencari gol. Malaysia dapat mengawal rentak permainan Liverpool dan menahan segala asakan barisan serangan yang diketuai oleh Andy Carroll sehinggalah pada minit 27, Liverpool berjaya mendahului 0-1 melalui sepakan penalti kontravesi selepas Andy Carroll dijatuhkan dalam kotak penalti. Ketika perlawanan separuh masa pertama ditamatkan, Kapten pasukan, Syafiq Rahim berjaya mendiamkan penyokong Liverpool melalui sepakan lencong yang cantik melalui sepakan percuma setelah bola terkena tangan pemain Liverpool, Cahrlie Adam. Babak pertama berkesudahan Malaysia 1 Liverpool 1.
Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan dengan gerakan menarik namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Liverpool. Namun, pada minit ke 68, David N'Gog berjaya menjaringkan gol untul liverpool kembali mendahului 1-2. Kelekaan dan kesilapan bahagian pertahanan pasukan negara sekali lagi dihukum oleh N'Gog pada minit ke 70 menjadikan kedudukan 1-3. Rodriguez sekali lagi menghukum pasukan Malaysia dengan gol keempat Liverpool menjadikan kedudukan 1-4. Kemasukan Safee Sali yang dikatakan jelmaan Allahyarham Mokhtar Dahari berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 79 melalui bola muntah setelah gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Gulacsi. Penyerang Pelita Jaya terus menunjukkan taringnya dengan menjaringkan gol kedua untuk pasukan Malaysia untuk kedudukan 3-4. Liverpool berjaya menjarakkan lagi kedudukan masa tambahan dengan dua gol jaringan Rodriguez dan Kuyt pada minit ke 91 dan 94.
Walaupun tewas, Minda Ke Minda berbangga dengan persembahan bertaraf dunia yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya. Pastinya rakyat Malaysia mengharapkan persembhan ini diteruskan ketika bertemu jiran tetangga, Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia nanti. Barisan pertahanan harus diperbaiki lagi dan moral para pemain hendaklah ditingkatkan agar pasukan kita tidak hilang tumpuan apabila berhadapan dengan Singapura nanti. Ayuh!!!!! bangkitlah sang harimau....kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda....
Gambar- gambar ketika perlawanan antara Malaysia dan Liverpool......
Labels:
Harimau Malaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)























No comments:
Post a Comment