Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010.........selamat datang 2011



duummmmmm...!!!!!! dduuuummmmmmm....!!!!! dentupan di langit telah menandakan kita telah melangkah ke destinasi baru. stelah setahun kita menghadapi segala laluan dan mengecapi setiap kenikmatan. Kini semuanya akan dijadikan sebagai sbuah kenangan dan pengalaman. Tahun 2010 banyak meninggalkan kesan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia. Pelbagai peristiwa berlaku dan ada di antaranya di luar dugaan kita. Namun, semuanya sudah terlambat. Apa yang penting, kita perlu juga meneruskan kehidupan dengan harapan ianya akan lebih bermakna. Apa yang berlalu, jadikan ia pengalaman. Berbalik kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2010, paling menarik perhatian sidang Minda Ke Minda ialah kes pembuangan bayi yang amat mengejut semua pihak. Masyarakat kita disajikan dengan kes-kes pembuangan bayi setiap hari dalam dada-dada akhbar tempatan. Marah, meluat, malu, jijik dan keji melihat kes-kes ini bagai tiada kesudahannya. Seperti yang sedia maklum, tahun baru dirai setiap tahun bagi meraikan kedatangannya. Pelbagai acara diatur bagi meraikan kedatngan tahun baru setiap tahun. Golongan remaja umumnya merupakan golongan sasaran bagi menjayakannya. Mereka adalah golongan yang berdarah muda yang sentiasa inginkan keserenokan dan mencuba sesuatu yang baru. Dadah dan arak menjadi hidangan utama parti liar yang diraikan. Bukan setakat parti liar, mereka juga tidak segan silu meneguk arak di khalayak ramai pada sambutan tahun baru yag dianjurkan oleh kerajaan. bagi pasangan yang hangat bercinta, masa inilah yang sesuai bagi mereka untuk melepaskan rindu yang terpendam. Ibu bapa mereka hanya mengatahui anak-anak mereka pergi meraikan sambutan tahun baru bersama rakan-rakan. Namun, sambutan mereka matlah berbeza. Bukan tempat sambutan yang dituju tetapi hotel-hotel murah yang menjadi pilhan mereka bagi meraikan kedatangan tahun baru. Mereka akan membuktikan "CINTA AGUNG" mereka dengan hubungan seks tanpa ada ikatan. Kasih sayang sesama mereka akan terbukti pada malam tersebut. Amat menyedihkan bagi kita apabila majoririnya adalah berBANGSA MELAYU dan berAGAMA ISLAM. Mereka seakan-akan lupa akan agama dan tidak langsung mengendahkan larangan Allah supaya menjauhi zina. Balasan Allah pasti tiba. Apabila tiba masanya, si PEREMPUAN tidak lagi datang haidnya. GELISAH, TAKUT dan MALU andai perut tersebut mempunyai isi di dalamnya. Lalu si LELAKI yang dipuja dicari, namun hilang entah kemana. Akibat takut kandungan tersebut diketahui keluarga, jalan pintas diambil. MEMBUNUH DIRI. aduhhhhhh....!!!!!! sungguh singkat. Si LELAKI yang dipuja gembira dan tidak berasa serba salah sedikit pun. INIKAH LELAKI........?????? bukankan Allah telah menciptakan kamu untuk menjadi pemimpin kepada WANITA......?????? Mengapa kamu lupa akan tanggungjawab yang kamu pikul.....????? Tugasmu adalah MELINDUNGI, MENJAGA, dan MENDIDIK WANITA menjadi WANITA SOLEHAH.....????? terlintas di fikiran, Mengapa mudah kehormatan diri dan maruah diri tergadai begitu sahaja......?????? akibat JANJI MANIS insan bernama LELAKI.....?????? Alasan itu tidak sama sekali boleh diterima. Kalau si LELAKI berjanji untuk hidup bersamamu, membahagiakanmu, menjagamu, menyayangimu dan menjaga mu. Buktikan dengan ikatan perkahwinan. Lebih buruk lagi, apabila ANAK yang dikandung selama 9 bulan itu dilempar bagai sampah, dilayan umpama binatang, dan dibuang seperti barang tidak berharga. Ada juga yang hidup, ada juga yang mati. INGAT.......!!!!!!! ANAK itu akan tuntut KASIH SAYANG ANDA SEBAGAI IBU BAPA DI AKHIRAT KELAK......!!!!!!!!! MINDA KE MINDA mengharapkan semua masyarakat dapat mengambil ikhtibar dan menjadikan semua ini sebagai satu pengajaran. Tidak salah meraikannya, namun ada juga caranya. Pihak penganjur umumnya kerajaan harusnya peka dan memandang serius perkara ini. Bukan untuk mengecam tindakan anda dan memprotes acara yang pihak kerajaan anjurkan. Konsep 1Malaysia seharusnya ada nilai-nilai moral agar generasi muda dapat menerapkan dalam jiwa masing-masing. Janganlah terlalu memikrkan kemeriahan sambutan tahun baru tetapi alpa dengan masalah yang sering berlaku pada ambang tahun baru. Sebolehnya sambutan tersebut janganlah terlalu bebas. Asingkan golongan lelaki,wanita dan keluarga. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI....!!!!!!!!
Sekian........
Wasalam.......


BUKAN INI CARANYA MENYAMBUTNYA............




BAGI MEREKA YANG BERCINTA......


                                                     JAUHI....................!!!!!!!!


AGAR ANDA TIDAK TERJEBAK DALAM..............


                   PEMBUANGAN BAYI ANDA........!!!!








SEBAIKNYA ANDA..............




RENUNGKANLAH.............

Thursday, December 30, 2010

kita harus bangga.............




                              Juara edisi 2010 Piala AFF Suzuki.........................MALAYSIA









MILIK KITA....!!!!!!!!
Sejarah bola sepak tanah air terlakar di Jakarta semalam. Kemenangan secara agregat sudah cukup membawa Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur untuk dihadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan pencapaian terbaik negara setelah mengalami pasang surut di peringkat antarabangsa. K.Rajagopal telah melahirkan bintang bola sepak yang amat berkualiti dan berjaya mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah kita cipta dahulu. Berbekalkan kemenangan pertama 3-0 di perlawanan akhir di Kuala Lumpur sudah membuat anak buah K.Rajagopal menang secara agregat 4-2 walaupun tewas kepada Indonesia 2-1. Stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi kejayaan yang dilakarkan oleh pasukan kebangsaan. Berhadapan dengan 95,000 penyokong tuan rumah tidak melangsung mengugat prestasi cemerlang Malaysia dengan jaringan pembukaan oleh penyerang Selangor, Safee Sali pada minit ke-54. Jaringan tersebut telah menyebabkan puluhan ribu penyokong Indonesia tergamam. Namun, sebelum itu benteng Malaysia sering kali diasak oleh bahagian serangan Indonesia namun ketangkasan anak kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi berjaya menafikan setiap percubaan yang dilakukan oleh Indonesia. Indonesia berjaya mencari gol penyaman pada minit-73 menerusi jaringan Nasuha akibat kelekaan bahagian pertahanan Malaysia. Indonesia terus mengancam Malaysia dan akhirnya pada mnit ke-87, mereka berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan Ridwan. Kemenangan itu tidak berjaya menyekat kejayaan pasukan negara untuk menjuarai Piala AFF Suzuki untuk kali pertama dengan keputusan secara agregat 4-2. Malaysia juga berbangga kerana penyerang, Mohd Safee Sali berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol menewaskan pencabar terdekat, Gonzales. Pasukan kita juga mendapat pujian daripada pertahanan United, Rio Ferdinand di laman Twitter beliau. Hal ini membuktikan pemain kita adalah pemain yang berkelas dunia dan mampu pergi lebih jauh. Pujian harus diberikan kepada skuad ini kerana berjaya meletakkan kembali pasukan kebanggsaan ke peringkat yang membanggakan. Apa yang diharapkan, skuad ini dapat dikekalkan dan didedahkan dengan banyak perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa agar pemain-pemain kita dapat meningkatkan lagi mutu permaianan. K. Rajagopal perlu diberi penghargaan di atas usahanya dalam membentuk skuad yang mantap di kejohanan ini. Rakyat Malaysia seharusnya terus memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan agar mereka mendapat semangat baru untuk terus maju dalam bola sepak. Pastinya selepas ini setiap pemain akan diberikan imbuhan yang lumayan atas kejayaan yang membanggakan negara ini. Diharapakan dengan pemberian imbuhan ini tidak melunturkan semangat pemain-pemain kita dan pemain-pemain harus menganggapnya sebagai motivasi dalam memajukan mutu permainan pada perlawanan akan datang. 
                                                                      Penjaga Gol Terbaik 
                                                                            Khairul Fahmi


                                    Pemenang Kasut Emas AFF Suzuki Cup 2010 Mohd Safee Sali

Monday, December 27, 2010

zaman kegemilanagan kita bermula kembali

Hari ini,(28/12/2010) memaparkan topik yang amatlah menarik untuk dibincangkan. Media Minda Ke Minda juga merasakan isu kali ini menjadi bualan setiap lapisan masyarakat negara umumnya kaki bola. kecermelangan pasukan kebanggsaan yang dibarisi pemain-pemain muda begitu menampakkan kejayaan dan kembalinya era kegemilangan bola sepak tanah air. skuad Harimau Malaya begitu ghairah untuk membuktikan bahawa merekalah yang bakal menaikkan kembali maruah bola sepak tanah air. penantian yang begitu panjang oleh para peminat bola sepak tanah air yang inginkan kejayaan pasukan kebangsaan merangkul gelaran di peringkat antarabangsa dan mahukan pasukan bola sepak tanah air antara pasukan yang digeruni di  Asia. selepas kejayaan memenangi pingat emas pada temasya sukan sea tahun lepas bagaikan menjadi perangsang untuk menempa kejayaan yang bermakna untuk negara. Piala AFF Suzuki(dahulu dikenali sebagai Piala Tiger) yang menjadi rebutan setiap pasukan dari Asia Tenggara. Selepas melalui liku yang menyukarkan di peringkat kumpulan dengan kekalahan pada perlawanan pertama menentang Indonesia iaitu 5-1,anak didik K.Rajagopal tetap optimis untuk mencipta kejutan pada temasya kali ini. ternyata skuad bimbingan K.Rajagopal yang diketuai oleh Shafiq Rahim melangkah ke peringkat separuh akhir setelah seri dengan Thailand(1-1) dan membelasah Laos dengan keputusan 5-1. kejayaan pasukan melangkah ke peringkat separuh akhir dibantu dengan keputusan Juara Kumpulan A, Indonesia mengalahkan Thailand dengan 2-1. Dengan kejayaan 2-0 dengan pasukan Vietnam di peringkat separuh akhir pusingan pertama dan seri 0-0 di pusingan kedua di Hanoi sudah cukup membawa pasukan Kebangsaan ke perlawanan akhir untuk kali kedua. untuk rekod, pasukan Malaysia pernah melangkah ke perlawanan akhir pada edisi pertama kejohanan namun tewas kepada Thailand dengan keputusan 1-0. pada pelawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26/12/2010, pasukan kebangsaan berjaya menembus kekalahan kepada Indonesia dengan 3-0. namun, perlawanan ini sedikit terganggu oleh sikap penonton yang adir yang dikatakan menghalakan pancaran laser ke arah penjaga gol Indonesia, Marcus. pihak pengurusan AFF tidak dapat memastikan dari arah mana pancaran laser tersebut sama ada penonton Malaysia ataupun Indonesia. Bekalan yang selesa untuk di bawa oleh pasukan negara apabila bertemu dengan pasukan Indonesia untuk pusingan kedua perlawanan akhir di Jakarta nanti. Apa yang diharapkan ialah kecermelangan pasukan kita diteruskan walaupun bertandang di tempat lawan. setiap pemain tidak seharusnya leka dengan keputusan yang dibawa dari Kuala Lumpur. Pasukan Indonesia pastinya akan bermain bermatian-matian untuk menghancurkan impian pasukan kebangsaan yang mahu mendakap Piala AFF suzuki itu nanti. seluruh peminat bola sepak tanah air sudah lama menantikan saat ini dan mahu melihat pasukan Kebangsaan mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah kita cipta dahulu. sokongan yang berterusan amatlah diperlukan oleh pasukan Kebangsaan untuk menaikkan kembali maruah bola sepak negara.


Sunday, December 26, 2010

salam minda ke minda.....

assalamualaikum mungkin ini kali pertama kita bersua.....anda pasti tidak berminat untuk mengikuti blog Minda Ke Minda....namun begitu saya akan sentiasa meng"update" blog ini bagi menyampaikan fakta dan kebenaran yang berlaku disekililing kita...saya tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dan akan sentiasa merungkai segala persoalan yang berlaku dengan satu jawapan.....setiap permasalahan mesti ada jalannya.....oleh itu,saya berharap anda boleh menjadi "follower" saya.....anda juga boleh menyumbang idea,artikel,pendapat dan cadangan bagi memuaskan dan menjadikan blog ini sebagai medium yang mampu mengubah dan mematangkan minda kita bersama.